- ummusyifa
- Sungkai, Perak, Malaysia
- Bekerja di Sekolah Kebangsaan Trolak Timur mulai 17 Mac 2003,sekolah pertama ialah Sekolah Kebangsaan Besout 4,Sungkai dari 1 Januari 1997- 16 Mac 2003.Pengalaman mengajar 15 Tahun.Opsyen Pengajian Agama
Selasa, 27 Disember 2011
Adab Dengan Rakan
1. Beri salam apabila berjumpa
2. Hormati rakan
3. Bergaul mesra dengan semua rakan
4. Menjaga hak-hak rakan
5. Tidak menjatuhkan maruah dan mengaibkan rakan
6. Pandang muka rakan apabila bercakap
SABDA Rasulullah s.a.w
Tidak beriman seorang dari kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri.
Khamis, 15 Disember 2011
Cara-cara Beradab Dengan Ibu Bapa
1. Hormati mereka dan jangan membantah kedua ibubapa kecuali pekara yang membawa kepada maksiat.
2. Bercakap dengan lemah lembut dan tidak kasar sekalipun perkataan ah,eh dan sebagainya.
3. Mendoakan keduanya semasa hidup dan selepas meninggal dunia.
4. Menziarahi dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa.
5. Menghubungkan silaturahim dengan keluarga dan sahabat kedua ibubapa.
SABDA Rasulullah S.A.W
" Berbaktilah kepada ibumu,ayahmu,saudara perempuanmu,saudara lelakimu,dan yang terdekat"
(Diriwayatkan Oleh Nasa'ie,Ahmad dan Hakim)
Langgan:
Catatan (Atom)